.:SELAMAT DATANG DI UCAPKAN. TERIMA KASIH KERANA MELAYARI LAMAN BLOG INI. SEMOGA ANDA TERHIBUR SERTA MENDAPAT MANFAAT DARINYA:.

Thursday, November 27, 2008

cerita dari Qatar..


assalamualaikum buat semua....kt sini aku nk kongsi dgn kwn2 sume ttg pengalaman aku sebulan di qatar..Alhamdulillah..setelah di beri peluang ini..dgn beberapa usaha utk mendapatkan sponsor..akhirnya tertunai jua apa yg dihajati..maka 2/11/2008 berlepaslah kami seramai 18 org..10 lelaki dan 8 perempuan ke qatar dgn menaiki pesawat GulfAir..Perjalanan mengambil masa selama 8 jam dan transit di Bahrain selama 3jam..seterusnya ke Doha-Qatar selama 45minit..
setibanya di Airport Doha..kami di sambut oleh pegawai kedutaan Malaysia disana. Semuanya berjalan dgn lancar dan km dibawa dgn sebuah bas terus menuju ke universiti students hostel di Assad manakala perempuan pula ditempatkan di hostel perempuan yg terletak agak jauh dr tempat kami.
Tibanya di hostel km dibawa berjupe dgn mudir utk mengisi borang pelajar dan sbgnya..seterusnya km dibawa ke bilik..alangkah terujanya km apabila ditempatkan dibilik yg agak mewah..spt apartment, berhawa dingin, lengkap dgn aksesori dan bilik air yg selesa n luas. waahhhh....bestnye...stp apatmen ada 4bilik..satu blk leh muat 2 org dan satu bilik lg 4org...so km 10 pelajar tinggal dlm satu apatmen yg best...dah plak tu sume free dan juga disediakan mkn secara percuma..rupa2nya sesape yg tinggl disini adalah ditaja oleh jamiah qatar sepenuhnya...dan bg sesape yg amik kursus bahasa secara fulltime akan diberi duit poket QR500 sebulan lg tuu...wah mewahnya tinggal disini...

hari ke 2..
bermulalah kuliha km..km menaiki bas dr hostel ke jamiah yg terletak agak jauh juga dgn mgambil masa selama 20min..bas juga disediakan oleh jamiah secara berjadual..mmg sistematik jamiah qatar ni klu nk dibandingkan dgn mesir..klu kt mesir mmg xdapat la..satu lg kt bilik plak yg paling bestnye stp bilik dilengkapi wireless...so xde masalah utk online sokmo..hehehe
setibanya di jamiah..km dibawa ke pejabat utk berjupe dgn yg bekenaan bertnyakan hal keadaan disini dan sbgnya..km juga dikehendaki mengambil ujian utk menentukan level (mustawa) km sume..
setelah selesai..km dibawa melihat keadaan sekeliling dan juga dibawa ke pusat aktiviti pelajar..alhamdulillah sumenye lengkap disini..sama spt Uni di malaysia jugak..

Wednesday, October 8, 2008

Tuesday, October 7, 2008

minggu terakhir PRAKTIKUM...





salam muhibbah buat semua....

Alhamdulillah sudah hampir 3 bulan berada di SAMUSKD ni....minggu ni adalah minggu akhir aku berada disini...menghabiskan masa2 yg ada bersama pelajar dan guru2....dikesempatan raya ini juga aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua sahabat2, guru2, dan pembaca2 blog ni...
seronok juga beraya kt banting ni...tiap2 hari ada jemputan ke rumah guru utk beraya..leh la makan free wat minggu akhir ni...jimat belanja sket. Agaknya harinya cikgu mana plak nk jemput kitorang nie..hehehe..
Sabtu ni ada perjumpaan/taklimat ngn sume pelajar2 DPLI utk isi borang posting kt fakulti....nampaknya leh la jupe ngn sume sahabat2 yg terpisah selama 3 bln ni.... pas tu plak ada jamuan raya sekali...wah bestnya dpt balik UM semula....walaupun di UM hanya sementara tp zikrayat itu ttp ada...
emmmm....agaknya cuti nti nk wat apa ye....adakah keje2 sementara yg leh aku wat....kpd sape2 yg ada nk tawarkan aku bekerja sementara contact la aku 0133892343....

Thursday, September 18, 2008

penempatan pelajar2 DPLI

salam.ni aku postkan ape yang ada kat laman web dpli-uia.
Persoalan Tentang "BORANG POSTING ONLINE" 1 Minggu, 4 hari yang lalu
Karma: 0
Salam Ramadhan..adalah ini dimaklumkan kepada sahabat-sahabat sekalian, bahawa pelajar DPLI tidak perlu mengisi borang ONLINE posting. Saya telah bertanyakan hal ini kepada encik saupi di KPM(pegawai KPM yang membuat taklimat semasa lawatan PPU ke KPM tempoh hari). dan berikut adalah email dari saya kepada beliau dan respon daripada beliau tentang hal ini:- soalan saya:
QUOTE:1) perlukah kami mengisi permohonan online GST yang terdapat di laman web KPM (links: http://apps.emoe.gov.my/egst/) @ PermohonanTemu Duga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA (eGST)....atau pun macam mana?untuk pengetahuan pihak tuan, sepanjang mengikuti program DPLI UIAM, kami hanya mengisi borang penempatan yang di sediakan oleh pihak institusi pendidikan kami. selain daripada itu, kami belum mengisi apa-apa borang berkaitan penempatan ini...oleh yang demikian, kami ingin mengetahui, adakah kami perlu untuk mengisi permohonan online tersebut?
respon daripada encik saupi di KPM:
QUOTE:permohonan secara online hanya untuk mereka yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan calon luar sahaja. Pelajar DPLI tidak perlu mengisi permohonan GST secara online memandangkan mereka telah mengisi borang penempatan sepertimana yang telah disediakan oleh pihak Universiti. Adalah menjadi tanggungjawab universiti untuk mengemukakan senarai nama pelajar DPLI yang telah layak untuk penempatan selepas tamat pengajian dan disahkan oleh senat universiti layak dianugerahkan DPLI ke BPSM, KPM. Sebagai makluman jua, pelajar DPLI tidak perlu menjalani proses temuduga kerana mereka telah melalui proses tersebut sebelum terpilih mengikuti DPLI.
oleh yang demikian, jawapan nya TIADA BORANG POSTING YANG PERLU DIISI LAGI OLEH PIHAK KITA....harap makluman ini dapat menjelaskan pertanyaan kawan-kawan...jikalau ada apa-apa masalah lagi..boleh diutarakan lagi...Terima Kasih

Pengalaman buat ku...

Assalamualaikum kpd sume pengunjung blog ni...dah lama sgt tdk melakarkan kata2 dlm blog ni...mana tdk nye aku telah disibukkan dgn praktikal yg byk memberi pengajaran dan pengalaman buat aku sebelum aku terjun ke bidang perguruan yg realiti.

Alhamdulillah ...dah masuk minggu ke-9 aku berada di SAMUSKD ni....telah byk benda yg aku pelajari dan hadapi...kebanyakannya yg best2 belake sbb pertamanya suasana di banting ni mmg syok...student kt sek ni plak ok2 sumenye dan mudah utk kt handle...ni lah kelebihan mngajar di sek agama...wpun xsume nya perfect tp byk membantu diri ini. Guru2 kt sini plak sumenya peramah n baik2 dan mudah utk sembang2...

Kejap je rasa...minggu ke-12 adalah minggu terakhir aku disini. selapas itu akn bercuti panjang sampilah akhir tahun...semoga aku di tempatkan di sekolah yg sama suasanya yg aku hadapi sekrg....

Sunday, August 3, 2008

bermulanya latihan praktikal...

Sek Agama Menengah Unwanus Saadah, Kanchong Darat, Banting

Alhamdulillah...setelah berpenat mengharungi kuliah di Uni. Malaya..maka bermulalah latihan praktikal...aku ditempatkan di SAMUS,KD, Banting Selangor...
pertama kali menjejakkan kaki ke Banting dan pertama kali menjalani latihan praktikal..
Alhamdulillah...semuanya dlm keadaan baik dan mententeramkan...dengan suasana sekolah dan pelajar-pelajar dan guru yang baik...
bermulalah era baru dalam hidupku...berhadapan dengan guru dan karenah pelajar...setakat ini telah diberi dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab utk mengendalikan beberapa program....

Friday, May 16, 2008

jom join ramai2

assalamualaikum kpd sahabat warga dpli um yg dikasihi

anda dijemput untuk menyertai lama forum yg baru dibina...just klik disini
untuk ke laman yg disediakan...jom kita berforum serta berkongsi idea n pengalaman.

Sunday, May 11, 2008

Hadiah buat ibu....


Masihkah kita ingat zaman kanak2 kita dahulu yg mana pd waktu ketika itu, kita sentiasa di sisi ibu yg kita sanjungi dan sayangi, alhamdulillah, ibu ada adalah seorang pendidik yg terbaik buat diri kita semua, krn dgn adanya ibu, maka kita dpt berdiri membina jati diri dan mengenal kehidupan serta dorongan dan galakan yg diberikan oleh ibu menjadikan kita org yg berjaya dlm kehidupan ini. Jangan sekali-kali kita lupa akan jasa dan pengorbanan ibu terhadap diri kita. Ibu membesarkan anak-anaknya dgn penuh sabar dan bertanggungjawab, didikan yg diberikan tlh memandu kita utk terus berjaya dlm hidup ini.
Buat arwah ibuku...jasamu mendidik kami tidak akan kami lupakan, Al-fatihah dibibir kami tidak pernah kami tinggalkan, pengorbanan ibu terhadap kami adalah sanjungan, penat lelah ibu membesarkan kami adalah dorongan, marah ibu terhadap kami adalah panduan, walaupun ibu sudah pergi, didikan dan asuhan kami jadikan pedoman utk kami terus melangkah mencari keredhoan.
Ibu....andai ibu ada disisi...tentu sekali ibu bangga dengan kami, ibu...andai ibu ada disisi, tentu sekali ibu seronok melihat kami, kejayaan kami adalah hadiah buat ibu...sempena hari ibu...Al-fatihah adalah hadiah kami. semoga ibu sentiasa berada dibawah Rahmat kasih sayang Ilahi.....

Tuesday, May 6, 2008

Kursus Kepimpinan Pengakap (kelanasiswa)


Asli Advanture Camp, : 18,19 dan 20/4/2008, seramai 26 pelajar2 DPLI UM telah mengikuti kursus kepimpinan pengakap di Hulu langat, Selangor. Kursus adalah meliputi modul A & B yang wajib diikuti bagi kami untuk mendapatkan manikayu. InsyaAllah perkhemahan seterusnya akan di adakan pada 16-18 mei ini bertempat di Sepang.( utk modul C)
manakala modul D akan di adakan pada 20-22 Jun nanti, insyaAllah akan di adakan di pulau pangkor.

Sunday, April 13, 2008

salam sejahtera buat semua sahabat...

pertama sekali mari kita mengucapkan syukur atas rahmat kasih sayangNya yg sentiasa mengasihi hamba2 nya yg kerdil ini...tirai semester dua telah pun dibuka pada minggu ini. Alhamdulillah msing2 menampakkan muka ceria selepas beberapa hari berada dikampung..rata2 antara kita bersemangat utk memulakan tugas sbg seorang bakal guru mendalami ilmu perguruan di sini.

Nampaknya utk sem 2 ni jadual xberapa padat sgt..Alhamdulillah jumaat n isnin xde kelas..so bg mereka yg sudah bekeluarga..tentu skali seronok dpt blk lama sket di hujung minggu..hehe...tp bg yg bujang pula, kemungkinan kesempatan itu diisi dgn mengadakan jaulah ke tempat2 menarik agaknya...alakullihal..amik lah kesempatan itu utk mengisi dgn aktiviti berfaedah.

minggu ini dah masuk minggu ke 2..tugasan msh belum diberikan, tetapi kuliah berjalan seperti biasa. Pembahagian kump utk micro teaching sudah pun dibuat, ini menandakan bahwa tugasan kali ini semakin mencabar.

so..kpd bakal2 guru..bersiap sedialah anda utk dinilai dan dkritik..hehe (termasuk lah diri ini)

Friday, March 28, 2008

assalamualaikum

salam penuh mesra diucapkan kepada seluruh warga pendidik amnya dan khususnya kepada warga DPLI UM sekalian...Salam kasih mesra juga diucapkan kepada Cik Umi, tenaga pengajar untuk kursus Teknologi Pendidikan.
Pendidikan berkembang mengikut perkembangan semasa. Pendidikan berubah dengan pesat kerana adanya teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin canggih dan membangun. Tidak dapat dinafikan bahawa perubahan pesat dalam pendidikan Negara melalui reformasi IT dan komunikasi memberikan impak yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan peralatan teknologi pendidikan seperti komputer dan internet oleh guru Pendidikan Islam merupakan salah satu cara yang boleh dipraktikkan bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu minat dan tumpuan pelajar dapat ditarik menerusi perancangan penggunaan komputer yang rapi serta sistematik.
Keistimewaan dan kelebihan aplikasi multimedia berbanding kaedah pengajaran tradisional harus diambil kesempatan oleh setiap guru. Perisian khusus untuk mata pelajaran pendidikan islam boleh dipersembahkan dalam bentuk yang lebih menarik dengan bantuan multimedia berdasarkan kemampuan, kebolehan dan corak pembelajaran yang pelbagai. Paparan grafik, audio, video dan animasi dalam multimedia memudahkan pemahaman pelajar. Penggunaan yang meluas akan memberikan satu tanda arus perubahan besar yang berlaku dalam sistem pendidikan Negara khususnya berhubung dengan penggunaan IT dalam bidang pendidikan islam.

oleh yang demikian, selaku guru seharusnya kita sentiasa memperkembangkan segala ilmu yang ada termasuklah ilmu teknologi ini. Amat rugi sekiranya seseorang yang bergelas ustaz tidak mampu untuk mengaplikasikan atau menggunakan teknologi yang ada ini. Maka sama-samalah kita mengorak langkah untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. InsyaAllah, saya yakin dan percaya pada suatu hari nanti akan ada antara kita yang mahir dalam pendidikan berasaskan teknologi ini.

akhir kata dari saya..selamat menempuh peperiksaan dan selamat maju jaya. Sama-samalah kita berdoa agar kejayaan itu milik kita bersama..Aminnnn

Saturday, March 22, 2008

Interactive White board

Minggu ke 10: buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke menara pendidikan dimana disitu terletaknya makmal komputer 2. Bukan sekadar mengadakan lawatan tetapi melihat satu demonstrasi mengenai IWB. Kelas kami digabungkan dengan kelas dari kumpulan Cik Chin, yang mana pada hari tersebut kami dipersembahkan oleh salah seorang demonstrator (Cik Fenny) tentang kecanggihan dan penggunaan IWB. Wah...memang ramai yang teruja melihat kecanggihan IWB hinggakan ada diantara sahabat-sahabat tidak melepaskan peluang untuk tampil kehadapan mencuba sendiri kehebatannya. Nasib baiklah IWB itu tidak ada perasaan dan tidak boleh bercakap..hehehe...

Pada pandangan saya pula, saya berpendapat bahawa IWB memang sesuatu yang menarik dan canggih untuk digunakan, tetapi adakah IWB sudah wujud disekolah-sekolah? Sekiranya ada maka sewajarnya kita selaku guru tidak harus ketinggalan untuk menambah pengetahuan tentang penggunaan IWB ini. Menurut hasil pembentangan kurikulum masa depan yang dibentangkan oleh Prof. Dr. Saedah Siraj, mengatakan bahawa IWB dijangka akan digunakan bermula pada tahun 2010 ke atas. Maka kita adalah orang pertama yang akan menggunakannya dan mengajar di sekolah-sekolah pada masa akan datang. Saya yakin dan percaya bahawa penggunaan IWB akan diperluaskan di semua peringkat sekolah. Ini kerana jika diperhatikan bahawa IWB sememangnya menarik dan berkesan untuk digunakan. Dengan adanya IWB pelajar-pelajar akan merasa tertarik dan seronok untuk belajar.

Sedangkan kita pelajar DPLI amat teruja dengan penggunaannya inikan pula pelajar-pelajar sekolah, sudah tentu 10 kali keterujaannya...hehehe..untuk maklumat lanjut sila layari laman web ini http://www2.smarttech.com/st/en-US/Products/SMART+Boards/

Gambar: Pelajar2 DPLI semasa mengadakan perkhemahan di Kem Sri Raudah.

Monday, February 18, 2008

PEMBENTANGAN DIDALAM MAKMAL



Minggu Ke 7 : Pembentangan bermula pada minggu ini. Saya, Asmak, Rosenaini dan Yusnizayati adalah kumpulan pertama membentangkan tajuk "Promosi Penggunaan Makmal Komputer". Agak sukar juga untuk membentangkannya, tetapi apa kan daya itulah tugas kita, apatah lagi bakal guru perlu menyediakan segala pengetahuan dan berani untuk tampil menyampaikan sesuatu maklumat.

Alhamdulillah, walaupun pada mulanya menghadapi masalah teknikal, kami berjaya mengatasinya dengan dibantu oleh abang technition, masalah yang dihadapi bukanlah suatu yang besar hanya memerlukan LCD disambung ke notebook kerana PC yang disediakan tidak ada Microsoft office 2007.

Setelah selesai semuanya maka pembentangan kami bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir 15 minit selepas itu. Ini kerana Cik Umi hanya memperuntukkan pada setiap pembentangan hanya 15 minit sahaja.

Segalanya berjalan lancar, akhirnya kami berjaya membentangkannya seperti yang dirancang.

Saturday, February 16, 2008

Minggu ke 6: Pengurusan makmal & SchoolNet


Alhamdulillah...kerana pada minggu ini saya masih lagi berpeluang untuk bersama Cik Umi didalam makmal 3, setelah selesainya cuti "Gong Xi Fa Chai" Selamat tahun baru cina saya ucapkan kepada kaum cina dan kepada sahabat-sahabat sekalian. Tajuk yang dibelajar pada minggu ini adalah mengenai Pengurusan Makmal & SchoolNet.

Bagi topik pengurusan makmal saya belajar mengenai aspek keselamatan iaitu keselamatan elektrik dan keselamatan pengguna dalam makmal.Keselamatan elektrik lebih kepada penggunaan komputer. Topik ini penting untuk diketahui oleh guru dan juga pelajar bagi mengelak sebarang kerosakan atau sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Seterusnya saya belajar mengenai SchoolNet. Apa itu SchoolNet? schoolNet adalah satu laman web yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika di lihat laman web tersebut meliputi tentang pelajar,guru dan pentadbir. Alam pendidikan siber ini amat menarik sekali kerana ia menggabungjalinkan ketiga-tiga kumpulan tersebut juga untuk memberi kemudahan kepada pelajar melayari serta dapat mencari bahan pengajaran & pembelajaran. Ianya sangat baik untuk kita ambil manfaat darinya kerana ianya mudah dan cepat untuk didapati. Segala kemudahan pembelajaran disediakan di laman web tersebut, ianya nampak sangat menarik dan mampu menarik minat pelajar dan guru dalam pembelajaran serta guru dapat mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Laman web tersebut boleh di akses di http://myschoolnet.ppk.kpm.my/index.htm

Sejam sebelum berakhirnya kelas, Cik Umi telah beri kepada kami dua tugasan yang mana satu tugasan perlu dibentangkan pada minggu depan. Tugasan saya bersama ahli kumpulan iaitu Asmak ul mukmin, Rosenaini dan Yusnizawati bertajuk “Promosi penggunaan makmal computer”, kami diberi masa untuk berbincang dan memilih tajuk apa yang sesuai untuk kumpulan kami bentangkan nanti, dalam perbincangan kami telah sepakat untuk membuat satu bengkel ICT, bengkel tersebut akan menarik minat pelajar untuk menggunakan makmal tersebut. Cik Umi bersetuju dengan cadangan kami, dan saya banyak bertanya kepada Cik Umi apakah langkah-langkah yang perlu kami ambil. Dalam pada masa yang sama juga, saya terfikir untuk mengambil gambar didalam makmal, bertujuan untuk membuat bahan bukti dalam pembentangan kami nanti.



Tuesday, February 5, 2008

Minggu ke-5 : PPSMI

Apa itu PPSMI?


PPSMI adalah singkatan daripada Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa inggeris. Umum mengetahui dasar kerajaan mengarahkan mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat sekolah di ajar dalam bahasa Inggeris adalah untuk memperlengkapkan generasi muda dengan kemahiran bertutur dalam bahasa yang rata-rata sumber-sumber ilmu kontemporari ditulis atau disampaikan dengan bahasa tersebut.


Hari ini kelas untuk minggu ke5 dilaksanakan pada hari isnin. Dibuat lebih awal sehari yang mana sepatutnya hari selasa. Bagus juga apabila dibuat lebih awal, sekurang-kurangnya saya pun boleh cuti lebih awal. Minggu ini saya belajar dengan begitu rileks, hanya mendengar apa yang diterangkan oleh Cik Umi kepada kami tentang Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa inggeris(PPSMI).


Apa yang saya faham tentang PPSMI ini iaitu mata pelajaran sains dan matematik di ajar dalam bahasa inggeris dan juga menggunakan buku teks yang berbahasa inggeris bagi kedua-dua subjek tersebut. Ia juga bertujuan untuk mempertingkatkan prestasi murid dalam pelajaran sains dan matematik menjelang PMR. Selain itu ia akan memberi peluang kepada guru untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris, konten dan pedagogi melalui pengajaran mikro. secara tidak langsung akan mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam menguasai bahasa inggeris.

Saturday, February 2, 2008

Pembestarian Sekolah



Pembelajaran di institusi persekolahan kini dihimpit dengan perkembangan arus teknologi komputer dan telekomunikasi yang akan menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Malaysia maju menjelang abad ke-21. Mahu tidak mahu kita akan menghadapi kenyataan yang generasi mendatang perlu disiapkan dengan kecekapan dan pengetahuan yang berguna bagi menjalani kehidupan dalam zaman mereka. Jika pembelajaran dalam bilik darjah di Amerika Syarikat dikatakan sudah ketinggalan hampir dua dekad berbanding dengan masyarakatnya yang sudah direvolusikan oleh teknologi (Strommen & Lincoln, 1992), mungkinkah kita sudah jauh lebih ketinggalan dalam usaha menjinakkan para pelajar dengan kemajuan teknologi?
Persoalannya, apakah langkah yang perlu diambil untuk kita membuat lonjakan saujana dalam masa yang singkat bagi menyediakangenerasi masa depan dengan kecekapan dan pengetahuan untuk berfungsi secara produktif dalam masyarakat zamannya? Apakah sebenarnya rupa bentuk guru dalam konteks pengajaran dan pembelajaran untuk menyediakan generasi masa depan? Apakah pula peranan pendidik guru dalam menyediakan generasi guru yang mampu mengambil tanggungjawab di sekolah bestari? Bagaimanakah rupa bentuk institusi pendidikan guru bestari? Inilah persoalan pokok yang perlu dicari jawapannya untuk menjelaskan suasana pembelajaran bagi sekolah masa depan atau sekolah bestari.
Pembelajaran Bestari
Pembelajaran bestari akan menampakkan ciri-ciri fleksibel dengan aktiviti pembelajaran berfokuskan kepada pembinaan minda pelajar (Fiske, 1992; Perkins, 1992). Apa yang akan berlaku ialah pengintergrasian teknologi terkini dalam pengajaran pembelajaran akan berupaya menyemarakkan pemikiran pelajar berasaskan kepelbagaian sumber maklumat yang melampaui batasan bilik darjah. Penggunaan teknologi komputer seperti multimedia, rangkaian jaringan tempatan (LAN), jaringan kawasan luas (WAN), internet, dan pelbagai perisian multimedia yang membenarkan pembelajaran terarah kendiri (self-directed), bergerak pada kemampuan sendiri (self-paced), dan pemerolehan sumber pembelajaran dengan sendiri (self-accessed) untuk mengoptimumkan proses pembelajaran berasaskan pendekatan berpusatkan pelajar.
(di petik dari laman web)




Minggu ini adalah minggu ke empat bersama Cik Umi, di dalam makmal kami telah mempelajari tentang tajuk 'Pembestarian Sekolah. Apa itu pembestarian sekolah? Telah didefinasikan bahawa pembestarian sekolah ialah satu proses untuk mencapai matlamat pendidikan negara dan membantu murid menghadapi era teknologi maklumat melalui:



a)pembekalan infrastruktur ICT ke sekolah



b)keupayaan guru mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan



c)pentadbir sekolah berupaya menggunakan sistem pengurusan berkomputer untuk meningkatkan proses pentadbiran.




Antara ciri-ciri sekolah bestari adalah seperti gambar dibawah:






Monday, January 28, 2008

What is Technology?

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996).
Pembelajaran dalam minggu ketiga ini saya diajar tentang 'Apa itu teknologi?'. Di dalam makmal, Cik Umi banyak memberi penerangan tentang teknologi, penyampaian maklumat yang berkesan melalui slide, itulah yang dikatakan teknologi. Bukan sahaja mendengar bahkan kita melihat apa yang dikatakan tentang penggunaan teknologi dalam pembelajaran. Inilah yang akan diaplikasikan oleh kami nanti apabila masuk mengajar di sekolah-sekolah yang mana penggunaan teknologi bukan satu perkara asing di zaman ini malah menjadi satu teknik penyampaian maklumat yang cepat dan berkesan. Hampir satu jam setengah saya mendengar penerangan yang diberikan oleh Cik Umi dan baki setengah jam lagi saya diberi masa untuk meng'edit' blog dan melihat apa yang ada di dalam yahoo groups kami serta diberi tunjuk ajar cara bagaimana untuk memasukkan link blog ke dalam groups. Kini blog saya telah di senaraikan dalam groups, kepada sahabat-sahabat, jangan lupa untuk berkunjung ke laman blog saya ini. Jika ada kekurangan sila tinggalkan komen anda di bawah ini : ) Terima kasih


Monday, January 14, 2008

Pengenalan kepada Teknologi dan Inovasi dalam pendidikan

Minggu ini adalah minggu kedua saya bersama dengan pensyarah Cik Chin, Cik Umi dan Prof Dr Saedah Seraj. Sebelum melangkah ke makmal komputer. Kami diterangkan cara bagaimana untuk menjadi ahli dalam yahoogroups yang di wujudkan khas untuk pelajar-pelajar Diploma Pendidikan 2008 dan cara bagaimana untuk membuat blog. Yahoogroup kami adalah DipEd_2008@yahoogroups.com. Kami telah dipecahkan kepada 3 kumpulan dan saya adalah kumpulan ketiga bersama dengan Cik Umi. Bersama Cik Umi saya dan ahli kumpulan diminta untuk mencipta blog sendiri dan juga cara bagaimana untuk mengaplikasikan yahoogroups yang telah kami ‘join’. Hampir sejam saya didalam makmal 3, akhirnya berjaya membuat satu blog baru. Kepada sahabat-sahabat yang lain bolehlah melayari blog saya di http://mhusaif@blogspot.com. Dalam blog ini saya akan berkongsi tentang hal-hal mengenai teknik dan cara pembelajaran saya di makmal 3 ini. Saya akan mempraktikkan segala ilmu yang dicurahkan walaupun sebelum ini sudah biasa dalam membuat blog. Walaubagaimanapun saya rasa bertuah kerana diberi tunjuk ajar oleh pensyarah-pensyarah disini terutama Cik Umi.Dalam seminggu hanya sekali untuk berada didalam makmal ini, rasa tidak cukup bagi saya masa yang diberikan kerana jari-jari ini sudah lama tidak bertemu dengan ‘keyboard’ , terasa ingin duduk lama didalam makmal ini melayari internet dan menaip apa yang dirasakan perlu. Meng’edit’ blog adalah salah satu hobi saya dimasa lapang bahkan memberikan kepuasan jika kita dapat berkongsi pengalaman dan ilmu yang dipelajari kerana dengan blog kita dapat menyampaikan dengan cepat dan mudah.