.:SELAMAT DATANG DI UCAPKAN. TERIMA KASIH KERANA MELAYARI LAMAN BLOG INI. SEMOGA ANDA TERHIBUR SERTA MENDAPAT MANFAAT DARINYA:.

Saturday, October 10, 2009

cerita Gua Niah....

assalamualaikum....
dah lama sangat rasanya tak posting something kt sini...insyaAllah kat sini nak kongsikan pengalaman aku mengembara ke Gua Niah....Gua Niah terletak diantara bintulu-miri...perjalanan kesana mengambil masa selama hampir 2 jam. Kami seramai 7 orang bergerak pada jam 6.30 pagi..memandangkan perjalanan yg agak jauh so terpaksa la keluar lebih awal sket...berbekalkan semangat kesungguhan yg ada..maka bertolak la ke sana dgn 2 buah kereta...
tiba disana sekitar jam 8.30 pagi...selesainya check in maka kami pon memulakan perjalanan..mulanya kena merentasi sungai dahulu...ingatkan jauh la sgt sungai tu...rupanya dekat je...blom pon sempat nak amik gambar dah pon sampai ke tebing sungai seberang sana...setibanya ke seberang..maka terpaksalah berjalan kaki..ingatkan gua tu dekat je..rupanya perjalanan kami mengambil masa 1 jam utk sampi ke kaki gua...waduhhhhh.....jauh jugak..tapi perjalanan tidak lah sesukar yg disangka sbbnya sudah ada titi disediakan sepanjang perjalanan tu...kalau la xde titi tu rasanya mau 2jam baru sampi kot...
jalan punya jalan...bergambar n berposing maka sampai la di kaki gua....Alhamdulillah sampi jugak wpun kepenatan terasa tetapi seronok mengatasi segalanya...so mcm biasalah bila dah smpai tu msti la begambar dulu kan....hehe..
agak lama sket baru la kami meneruskan perjalanan ke dalam gua...begitu indah pemandangan didalam gua..terbentang luas dengan kedengaran kicauan burung layang2...didalam gua kami mengambil masa selama 1jam lg utk sampi ke hujung gua sana...agak dalam jugak kena masuk dlm gua tu....berbekalkan torch light yg ada...maka sampailah kami di hujung sana....
masyaAllah..begitu menakjubkan apa yg ada disekelilingku...berfikir aku sejenak bagaimanakah terbentuknya gua ini..bukan ciptaan manusia tetapi ciptaan Allah SWT..
setibanya di sana..maka kami berehat sebentar menghilangkan kepenatan yg sedia ada...
hampir 1/2jam kami berehat maka diteruskan perjalanan ke Painting cave yg mana di gua tersebut adanya kesan peninggalan zaman neolitik..dalam gua tersebut terdapatnya lukisan2, abstrak yg ditinggalkan pd zaman tersebut...masih kelihatan kesan peninggalan tersebut sehingga ke hari ini wpun tidak jelas sgt...sbb dah lama.
bila dah puas bergambar n tgk sana tgk sini..maka kami pon berpatah blk utk pulang..
jam 1 ptg kami pon selamat kembali ke jeti sungai..
rasanya klu nak pegi lg kena fikir 10x....maybe sethn sekali ok la klu nk pegi plak....agak memenatkan jugak perjalan tetapi sgt puas....





Sunday, August 30, 2009

TERKINI ------> Kitab Tafsir Quran utk dimiliki



Assalamualaikum
Kepada para pengunjung blog ini. Jangan ketinggalan utk memiliki kitab tafsir terbaru (dilengkapi dengan asbabun nuzul & terjemah, ditafsir setiap Per kata)
juga disertakan dengan beg sandang.
Harga senaskah : Rm 160
untuk memiliki sila hubungi saya di 0133892343/0175152014

Thursday, August 6, 2009

Bio Aura Hi-Tech Water System (Penapis air)



Penyelesaian Sempurna Demi Keperluan Anda
Bio Aura Hi-Tech Water System menggabungkan inovasi saintifik dalamnya. Dengan Nano, ia dapat mencapat fungsi membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air yang diminum secara optimum.
Ciri-ciri Bio Aura:
• Rekaan yang mesra-penyelenggaraan
• Pemasangan yang mudah
• Penutup penapis yang berwarna
• Saiz penapis yang lebih besar
• Pengiktirafan kualiti
• Sesuai untuk kegunaan rumah, pejabat, kilang dan kedai-kedai makan

Keberkesanan Nano dalam Bio Aura:
• Menapis air secara efektif, menambahkan kandungan oksigen air minuman, menambahkan keberkesanan penyerapan nutrien
• Kaya dengan bahan-bahan mineral dan nutrien, membantu mengekalkan tubuh yang cenderung kepada beralkali
• Meningkatkan metabolisme dan peredaran darah badan
• Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 0133892343/0175152014

Wednesday, July 29, 2009

wabak penyakit di zaman ini...Bintulu semakin panasss..


sume negara telah mengetahui bahaya penularan wabak H1N1 (selesema b@bi ini..skrg ia merebak dgn cepat diseluruh negara..ia tidak mengenal siapa magsanya yg pasti wabak ini bagaikan pembunuh senyap, bintulu juga tdk terkecuali menerima tempiasnya...bahkan di Miri sudah mengorbankan seorang mangsa. Tidak mustahil bintulu yg bersebelahan dgn miri akan menerima mangsanya, yang pasti Qada & Qadar Allah yg tentukan. kita sebagai seorang muslim seharusnya berdoa agar dijauhkan segala malapetaka, bencana dan wabak.
Sejak beberapa hari yg lalu, Bintulu telah mengalami cuaca yg agak panas, inilah pengalaman pertama aku merasai suhu panas yg begitu ketara, apatah lg sekolah aku yg berada diatas bukit, begitu jelas sekali melihat keadaan ini. Seluruh pekan bintulu telah diselubungi kabus dan berjerebu. Inilah dia dunia akhir zaman.
Mungkin perkara ini berlaku krn kerakusan manusia mencari kemajuan, tetapi perlu diingat juga bahawa kita skrg berada dipenghujung nyawa.

gambar ini diambil dr atas bukit menunjukkan jerebu yg teruk.

Sunday, July 26, 2009

Saturday, July 25, 2009

Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)


PPDa...Pendidikan Pencegahan Dadah disekolah amat baik dilaksanakan. ini bagi memastikan supaya visi negara agar negara bebas dadah pada tahun 2015 terlaksana. oleh itu sek aku telah melaksanakan tugasan ini dengan baik sehingga dipertandingkan dan sekolah kami telah berjaya mewakili sarawak ke peringkat kebangsaan yang akan dinilai pada 3 ogos ini.
nampaknya yang semakin sibuk adalah guru2nya..mananya tidak..wali kelas semestinya memastikan stp kelas mempunyai satu sudut PPDa..tambah plak bdk2 kelas aku bukannya mudah utk dikerah mencantikkan kelas..nak x nak terpaksa la jugak mncari sape2 yg rajin n leh diharapkan..alhamdulillah ada la jugak yg leh wat keje..maka hasilnya leh la dibanggakan.

pemandangan sekolah aku............


Saturday, July 18, 2009

selangkah demi selangkah ku terus berdiri...



Alhamdulillah....sudah hampir 7 bln aku berada di bumi bintulu sarawak ini...pelbagai ragam dan karenah yg dah aku lalui, seronok, gembira, muram, suram, tekanan, positif n negatif sumenya ada. Aku semakin serasi n seronok bekerja disini wpun kampung halamanku nun jauh disana....Mungkin sebab aku masih baru n bujang kot..sbb tu xterasa sgt nk balik ke semenanjung, tp tetap ingat suasana n kenangan disana.
Oh ya terlupa plak nk bgtau yg aku sekrg ni dah ditukarkan ke sekolah yg lain yg mana bg aku sek ini lebih baik n bagus dr sekolah yg sebelumnya wpun sek skrg ini agak byk keje, wpun byk keje ia byk memberi pengalaman berguna kpd aku utk masa akan datang, nama sek aku skrg ialah SMK Baru Bintulu yg terletak diatas bukit kemunting, wah...agak selesa n persekitaran yg baik serta bangunan yg cantik...boleh nampak persekitaran pekan bintulu dan muara sungai yg indah.

Sunday, January 18, 2009

BERMULALAH ERA BARU DALAM HIDUPKU

Maka bermulalah hari baru dalam hidupku apabila aku ditempat kan di Bandar Bintulu Sarawak.Alhamdulillah keadaan disini amat baik sekali jika nak dibandingkan dgn kawan2 yg lain..Bumi sarawak tidaklah seperti yg dijangkakan dulu..malahan lebih baik dr apa yg dijangkakan.Tapi ntah lah bagi kwn2 yg lain yg ditempatkan di limbang, lawas, dalat dan sebagainya. Semoga mereka disana juga seronok ditempat baru.
Hari-hari yg mendatang telah byk mengajarku erti kehidupan..erti hidup di tempat org sgt berbeza ditempat sendiri.Semoga kehidupan disini akan lebih bermakna dengan karier yg baru dilalui.

5/1/2009
7.00am : aku telah dihantar oleh abg ke KL sentral.
7.25am : tiba di KL sentral dan terus menaiki Tren KLIA ekspress utk ke KLIA
8.10am : sampai di KLIA dan berkumpul di sana. Ramai GPI dah berkumpul disitu termasuklah yg KPLI sekali.Tunggu punya tunggu..baru lah boleh daftarkan nama utk tiket penerbangan....
rupanya aku kena terbang jam 6.30pm....aaaa tension rasanya bila nk kena lepak lama kt KLIA tu...nasib baik lah kwn2 aku semua terbang jam yg sama...so berlegar-legarlah kami disitu sampai petang.rasanya dah puas pusing2 kt situ. dah xtau kt mana lg nk pegi.

6.30pm : akhirnya kami terbang membelah awan menuju ke kuching sarawak.

akan bersambung..........