.:SELAMAT DATANG DI UCAPKAN. TERIMA KASIH KERANA MELAYARI LAMAN BLOG INI. SEMOGA ANDA TERHIBUR SERTA MENDAPAT MANFAAT DARINYA:.

Monday, January 28, 2008

What is Technology?

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996).
Pembelajaran dalam minggu ketiga ini saya diajar tentang 'Apa itu teknologi?'. Di dalam makmal, Cik Umi banyak memberi penerangan tentang teknologi, penyampaian maklumat yang berkesan melalui slide, itulah yang dikatakan teknologi. Bukan sahaja mendengar bahkan kita melihat apa yang dikatakan tentang penggunaan teknologi dalam pembelajaran. Inilah yang akan diaplikasikan oleh kami nanti apabila masuk mengajar di sekolah-sekolah yang mana penggunaan teknologi bukan satu perkara asing di zaman ini malah menjadi satu teknik penyampaian maklumat yang cepat dan berkesan. Hampir satu jam setengah saya mendengar penerangan yang diberikan oleh Cik Umi dan baki setengah jam lagi saya diberi masa untuk meng'edit' blog dan melihat apa yang ada di dalam yahoo groups kami serta diberi tunjuk ajar cara bagaimana untuk memasukkan link blog ke dalam groups. Kini blog saya telah di senaraikan dalam groups, kepada sahabat-sahabat, jangan lupa untuk berkunjung ke laman blog saya ini. Jika ada kekurangan sila tinggalkan komen anda di bawah ini : ) Terima kasih


Monday, January 14, 2008

Pengenalan kepada Teknologi dan Inovasi dalam pendidikan

Minggu ini adalah minggu kedua saya bersama dengan pensyarah Cik Chin, Cik Umi dan Prof Dr Saedah Seraj. Sebelum melangkah ke makmal komputer. Kami diterangkan cara bagaimana untuk menjadi ahli dalam yahoogroups yang di wujudkan khas untuk pelajar-pelajar Diploma Pendidikan 2008 dan cara bagaimana untuk membuat blog. Yahoogroup kami adalah DipEd_2008@yahoogroups.com. Kami telah dipecahkan kepada 3 kumpulan dan saya adalah kumpulan ketiga bersama dengan Cik Umi. Bersama Cik Umi saya dan ahli kumpulan diminta untuk mencipta blog sendiri dan juga cara bagaimana untuk mengaplikasikan yahoogroups yang telah kami ‘join’. Hampir sejam saya didalam makmal 3, akhirnya berjaya membuat satu blog baru. Kepada sahabat-sahabat yang lain bolehlah melayari blog saya di http://mhusaif@blogspot.com. Dalam blog ini saya akan berkongsi tentang hal-hal mengenai teknik dan cara pembelajaran saya di makmal 3 ini. Saya akan mempraktikkan segala ilmu yang dicurahkan walaupun sebelum ini sudah biasa dalam membuat blog. Walaubagaimanapun saya rasa bertuah kerana diberi tunjuk ajar oleh pensyarah-pensyarah disini terutama Cik Umi.Dalam seminggu hanya sekali untuk berada didalam makmal ini, rasa tidak cukup bagi saya masa yang diberikan kerana jari-jari ini sudah lama tidak bertemu dengan ‘keyboard’ , terasa ingin duduk lama didalam makmal ini melayari internet dan menaip apa yang dirasakan perlu. Meng’edit’ blog adalah salah satu hobi saya dimasa lapang bahkan memberikan kepuasan jika kita dapat berkongsi pengalaman dan ilmu yang dipelajari kerana dengan blog kita dapat menyampaikan dengan cepat dan mudah.