.:SELAMAT DATANG DI UCAPKAN. TERIMA KASIH KERANA MELAYARI LAMAN BLOG INI. SEMOGA ANDA TERHIBUR SERTA MENDAPAT MANFAAT DARINYA:.

Monday, February 18, 2008

PEMBENTANGAN DIDALAM MAKMAL



Minggu Ke 7 : Pembentangan bermula pada minggu ini. Saya, Asmak, Rosenaini dan Yusnizayati adalah kumpulan pertama membentangkan tajuk "Promosi Penggunaan Makmal Komputer". Agak sukar juga untuk membentangkannya, tetapi apa kan daya itulah tugas kita, apatah lagi bakal guru perlu menyediakan segala pengetahuan dan berani untuk tampil menyampaikan sesuatu maklumat.

Alhamdulillah, walaupun pada mulanya menghadapi masalah teknikal, kami berjaya mengatasinya dengan dibantu oleh abang technition, masalah yang dihadapi bukanlah suatu yang besar hanya memerlukan LCD disambung ke notebook kerana PC yang disediakan tidak ada Microsoft office 2007.

Setelah selesai semuanya maka pembentangan kami bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir 15 minit selepas itu. Ini kerana Cik Umi hanya memperuntukkan pada setiap pembentangan hanya 15 minit sahaja.

Segalanya berjalan lancar, akhirnya kami berjaya membentangkannya seperti yang dirancang.

Saturday, February 16, 2008

Minggu ke 6: Pengurusan makmal & SchoolNet


Alhamdulillah...kerana pada minggu ini saya masih lagi berpeluang untuk bersama Cik Umi didalam makmal 3, setelah selesainya cuti "Gong Xi Fa Chai" Selamat tahun baru cina saya ucapkan kepada kaum cina dan kepada sahabat-sahabat sekalian. Tajuk yang dibelajar pada minggu ini adalah mengenai Pengurusan Makmal & SchoolNet.

Bagi topik pengurusan makmal saya belajar mengenai aspek keselamatan iaitu keselamatan elektrik dan keselamatan pengguna dalam makmal.Keselamatan elektrik lebih kepada penggunaan komputer. Topik ini penting untuk diketahui oleh guru dan juga pelajar bagi mengelak sebarang kerosakan atau sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Seterusnya saya belajar mengenai SchoolNet. Apa itu SchoolNet? schoolNet adalah satu laman web yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika di lihat laman web tersebut meliputi tentang pelajar,guru dan pentadbir. Alam pendidikan siber ini amat menarik sekali kerana ia menggabungjalinkan ketiga-tiga kumpulan tersebut juga untuk memberi kemudahan kepada pelajar melayari serta dapat mencari bahan pengajaran & pembelajaran. Ianya sangat baik untuk kita ambil manfaat darinya kerana ianya mudah dan cepat untuk didapati. Segala kemudahan pembelajaran disediakan di laman web tersebut, ianya nampak sangat menarik dan mampu menarik minat pelajar dan guru dalam pembelajaran serta guru dapat mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Laman web tersebut boleh di akses di http://myschoolnet.ppk.kpm.my/index.htm

Sejam sebelum berakhirnya kelas, Cik Umi telah beri kepada kami dua tugasan yang mana satu tugasan perlu dibentangkan pada minggu depan. Tugasan saya bersama ahli kumpulan iaitu Asmak ul mukmin, Rosenaini dan Yusnizawati bertajuk “Promosi penggunaan makmal computer”, kami diberi masa untuk berbincang dan memilih tajuk apa yang sesuai untuk kumpulan kami bentangkan nanti, dalam perbincangan kami telah sepakat untuk membuat satu bengkel ICT, bengkel tersebut akan menarik minat pelajar untuk menggunakan makmal tersebut. Cik Umi bersetuju dengan cadangan kami, dan saya banyak bertanya kepada Cik Umi apakah langkah-langkah yang perlu kami ambil. Dalam pada masa yang sama juga, saya terfikir untuk mengambil gambar didalam makmal, bertujuan untuk membuat bahan bukti dalam pembentangan kami nanti.



Tuesday, February 5, 2008

Minggu ke-5 : PPSMI

Apa itu PPSMI?


PPSMI adalah singkatan daripada Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa inggeris. Umum mengetahui dasar kerajaan mengarahkan mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat sekolah di ajar dalam bahasa Inggeris adalah untuk memperlengkapkan generasi muda dengan kemahiran bertutur dalam bahasa yang rata-rata sumber-sumber ilmu kontemporari ditulis atau disampaikan dengan bahasa tersebut.


Hari ini kelas untuk minggu ke5 dilaksanakan pada hari isnin. Dibuat lebih awal sehari yang mana sepatutnya hari selasa. Bagus juga apabila dibuat lebih awal, sekurang-kurangnya saya pun boleh cuti lebih awal. Minggu ini saya belajar dengan begitu rileks, hanya mendengar apa yang diterangkan oleh Cik Umi kepada kami tentang Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa inggeris(PPSMI).


Apa yang saya faham tentang PPSMI ini iaitu mata pelajaran sains dan matematik di ajar dalam bahasa inggeris dan juga menggunakan buku teks yang berbahasa inggeris bagi kedua-dua subjek tersebut. Ia juga bertujuan untuk mempertingkatkan prestasi murid dalam pelajaran sains dan matematik menjelang PMR. Selain itu ia akan memberi peluang kepada guru untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris, konten dan pedagogi melalui pengajaran mikro. secara tidak langsung akan mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam menguasai bahasa inggeris.

Saturday, February 2, 2008

Pembestarian Sekolah



Pembelajaran di institusi persekolahan kini dihimpit dengan perkembangan arus teknologi komputer dan telekomunikasi yang akan menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Malaysia maju menjelang abad ke-21. Mahu tidak mahu kita akan menghadapi kenyataan yang generasi mendatang perlu disiapkan dengan kecekapan dan pengetahuan yang berguna bagi menjalani kehidupan dalam zaman mereka. Jika pembelajaran dalam bilik darjah di Amerika Syarikat dikatakan sudah ketinggalan hampir dua dekad berbanding dengan masyarakatnya yang sudah direvolusikan oleh teknologi (Strommen & Lincoln, 1992), mungkinkah kita sudah jauh lebih ketinggalan dalam usaha menjinakkan para pelajar dengan kemajuan teknologi?
Persoalannya, apakah langkah yang perlu diambil untuk kita membuat lonjakan saujana dalam masa yang singkat bagi menyediakangenerasi masa depan dengan kecekapan dan pengetahuan untuk berfungsi secara produktif dalam masyarakat zamannya? Apakah sebenarnya rupa bentuk guru dalam konteks pengajaran dan pembelajaran untuk menyediakan generasi masa depan? Apakah pula peranan pendidik guru dalam menyediakan generasi guru yang mampu mengambil tanggungjawab di sekolah bestari? Bagaimanakah rupa bentuk institusi pendidikan guru bestari? Inilah persoalan pokok yang perlu dicari jawapannya untuk menjelaskan suasana pembelajaran bagi sekolah masa depan atau sekolah bestari.
Pembelajaran Bestari
Pembelajaran bestari akan menampakkan ciri-ciri fleksibel dengan aktiviti pembelajaran berfokuskan kepada pembinaan minda pelajar (Fiske, 1992; Perkins, 1992). Apa yang akan berlaku ialah pengintergrasian teknologi terkini dalam pengajaran pembelajaran akan berupaya menyemarakkan pemikiran pelajar berasaskan kepelbagaian sumber maklumat yang melampaui batasan bilik darjah. Penggunaan teknologi komputer seperti multimedia, rangkaian jaringan tempatan (LAN), jaringan kawasan luas (WAN), internet, dan pelbagai perisian multimedia yang membenarkan pembelajaran terarah kendiri (self-directed), bergerak pada kemampuan sendiri (self-paced), dan pemerolehan sumber pembelajaran dengan sendiri (self-accessed) untuk mengoptimumkan proses pembelajaran berasaskan pendekatan berpusatkan pelajar.
(di petik dari laman web)




Minggu ini adalah minggu ke empat bersama Cik Umi, di dalam makmal kami telah mempelajari tentang tajuk 'Pembestarian Sekolah. Apa itu pembestarian sekolah? Telah didefinasikan bahawa pembestarian sekolah ialah satu proses untuk mencapai matlamat pendidikan negara dan membantu murid menghadapi era teknologi maklumat melalui:



a)pembekalan infrastruktur ICT ke sekolah



b)keupayaan guru mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan



c)pentadbir sekolah berupaya menggunakan sistem pengurusan berkomputer untuk meningkatkan proses pentadbiran.




Antara ciri-ciri sekolah bestari adalah seperti gambar dibawah: