.:SELAMAT DATANG DI UCAPKAN. TERIMA KASIH KERANA MELAYARI LAMAN BLOG INI. SEMOGA ANDA TERHIBUR SERTA MENDAPAT MANFAAT DARINYA:.

Saturday, February 16, 2008

Minggu ke 6: Pengurusan makmal & SchoolNet


Alhamdulillah...kerana pada minggu ini saya masih lagi berpeluang untuk bersama Cik Umi didalam makmal 3, setelah selesainya cuti "Gong Xi Fa Chai" Selamat tahun baru cina saya ucapkan kepada kaum cina dan kepada sahabat-sahabat sekalian. Tajuk yang dibelajar pada minggu ini adalah mengenai Pengurusan Makmal & SchoolNet.

Bagi topik pengurusan makmal saya belajar mengenai aspek keselamatan iaitu keselamatan elektrik dan keselamatan pengguna dalam makmal.Keselamatan elektrik lebih kepada penggunaan komputer. Topik ini penting untuk diketahui oleh guru dan juga pelajar bagi mengelak sebarang kerosakan atau sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Seterusnya saya belajar mengenai SchoolNet. Apa itu SchoolNet? schoolNet adalah satu laman web yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika di lihat laman web tersebut meliputi tentang pelajar,guru dan pentadbir. Alam pendidikan siber ini amat menarik sekali kerana ia menggabungjalinkan ketiga-tiga kumpulan tersebut juga untuk memberi kemudahan kepada pelajar melayari serta dapat mencari bahan pengajaran & pembelajaran. Ianya sangat baik untuk kita ambil manfaat darinya kerana ianya mudah dan cepat untuk didapati. Segala kemudahan pembelajaran disediakan di laman web tersebut, ianya nampak sangat menarik dan mampu menarik minat pelajar dan guru dalam pembelajaran serta guru dapat mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Laman web tersebut boleh di akses di http://myschoolnet.ppk.kpm.my/index.htm

Sejam sebelum berakhirnya kelas, Cik Umi telah beri kepada kami dua tugasan yang mana satu tugasan perlu dibentangkan pada minggu depan. Tugasan saya bersama ahli kumpulan iaitu Asmak ul mukmin, Rosenaini dan Yusnizawati bertajuk “Promosi penggunaan makmal computer”, kami diberi masa untuk berbincang dan memilih tajuk apa yang sesuai untuk kumpulan kami bentangkan nanti, dalam perbincangan kami telah sepakat untuk membuat satu bengkel ICT, bengkel tersebut akan menarik minat pelajar untuk menggunakan makmal tersebut. Cik Umi bersetuju dengan cadangan kami, dan saya banyak bertanya kepada Cik Umi apakah langkah-langkah yang perlu kami ambil. Dalam pada masa yang sama juga, saya terfikir untuk mengambil gambar didalam makmal, bertujuan untuk membuat bahan bukti dalam pembentangan kami nanti.



No comments: