.:SELAMAT DATANG DI UCAPKAN. TERIMA KASIH KERANA MELAYARI LAMAN BLOG INI. SEMOGA ANDA TERHIBUR SERTA MENDAPAT MANFAAT DARINYA:.

Friday, March 28, 2008

assalamualaikum

salam penuh mesra diucapkan kepada seluruh warga pendidik amnya dan khususnya kepada warga DPLI UM sekalian...Salam kasih mesra juga diucapkan kepada Cik Umi, tenaga pengajar untuk kursus Teknologi Pendidikan.
Pendidikan berkembang mengikut perkembangan semasa. Pendidikan berubah dengan pesat kerana adanya teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin canggih dan membangun. Tidak dapat dinafikan bahawa perubahan pesat dalam pendidikan Negara melalui reformasi IT dan komunikasi memberikan impak yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan peralatan teknologi pendidikan seperti komputer dan internet oleh guru Pendidikan Islam merupakan salah satu cara yang boleh dipraktikkan bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu minat dan tumpuan pelajar dapat ditarik menerusi perancangan penggunaan komputer yang rapi serta sistematik.
Keistimewaan dan kelebihan aplikasi multimedia berbanding kaedah pengajaran tradisional harus diambil kesempatan oleh setiap guru. Perisian khusus untuk mata pelajaran pendidikan islam boleh dipersembahkan dalam bentuk yang lebih menarik dengan bantuan multimedia berdasarkan kemampuan, kebolehan dan corak pembelajaran yang pelbagai. Paparan grafik, audio, video dan animasi dalam multimedia memudahkan pemahaman pelajar. Penggunaan yang meluas akan memberikan satu tanda arus perubahan besar yang berlaku dalam sistem pendidikan Negara khususnya berhubung dengan penggunaan IT dalam bidang pendidikan islam.

oleh yang demikian, selaku guru seharusnya kita sentiasa memperkembangkan segala ilmu yang ada termasuklah ilmu teknologi ini. Amat rugi sekiranya seseorang yang bergelas ustaz tidak mampu untuk mengaplikasikan atau menggunakan teknologi yang ada ini. Maka sama-samalah kita mengorak langkah untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. InsyaAllah, saya yakin dan percaya pada suatu hari nanti akan ada antara kita yang mahir dalam pendidikan berasaskan teknologi ini.

akhir kata dari saya..selamat menempuh peperiksaan dan selamat maju jaya. Sama-samalah kita berdoa agar kejayaan itu milik kita bersama..Aminnnn

Saturday, March 22, 2008

Interactive White board

Minggu ke 10: buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke menara pendidikan dimana disitu terletaknya makmal komputer 2. Bukan sekadar mengadakan lawatan tetapi melihat satu demonstrasi mengenai IWB. Kelas kami digabungkan dengan kelas dari kumpulan Cik Chin, yang mana pada hari tersebut kami dipersembahkan oleh salah seorang demonstrator (Cik Fenny) tentang kecanggihan dan penggunaan IWB. Wah...memang ramai yang teruja melihat kecanggihan IWB hinggakan ada diantara sahabat-sahabat tidak melepaskan peluang untuk tampil kehadapan mencuba sendiri kehebatannya. Nasib baiklah IWB itu tidak ada perasaan dan tidak boleh bercakap..hehehe...

Pada pandangan saya pula, saya berpendapat bahawa IWB memang sesuatu yang menarik dan canggih untuk digunakan, tetapi adakah IWB sudah wujud disekolah-sekolah? Sekiranya ada maka sewajarnya kita selaku guru tidak harus ketinggalan untuk menambah pengetahuan tentang penggunaan IWB ini. Menurut hasil pembentangan kurikulum masa depan yang dibentangkan oleh Prof. Dr. Saedah Siraj, mengatakan bahawa IWB dijangka akan digunakan bermula pada tahun 2010 ke atas. Maka kita adalah orang pertama yang akan menggunakannya dan mengajar di sekolah-sekolah pada masa akan datang. Saya yakin dan percaya bahawa penggunaan IWB akan diperluaskan di semua peringkat sekolah. Ini kerana jika diperhatikan bahawa IWB sememangnya menarik dan berkesan untuk digunakan. Dengan adanya IWB pelajar-pelajar akan merasa tertarik dan seronok untuk belajar.

Sedangkan kita pelajar DPLI amat teruja dengan penggunaannya inikan pula pelajar-pelajar sekolah, sudah tentu 10 kali keterujaannya...hehehe..untuk maklumat lanjut sila layari laman web ini http://www2.smarttech.com/st/en-US/Products/SMART+Boards/

Gambar: Pelajar2 DPLI semasa mengadakan perkhemahan di Kem Sri Raudah.