.:SELAMAT DATANG DI UCAPKAN. TERIMA KASIH KERANA MELAYARI LAMAN BLOG INI. SEMOGA ANDA TERHIBUR SERTA MENDAPAT MANFAAT DARINYA:.

Friday, March 28, 2008

assalamualaikum

salam penuh mesra diucapkan kepada seluruh warga pendidik amnya dan khususnya kepada warga DPLI UM sekalian...Salam kasih mesra juga diucapkan kepada Cik Umi, tenaga pengajar untuk kursus Teknologi Pendidikan.
Pendidikan berkembang mengikut perkembangan semasa. Pendidikan berubah dengan pesat kerana adanya teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin canggih dan membangun. Tidak dapat dinafikan bahawa perubahan pesat dalam pendidikan Negara melalui reformasi IT dan komunikasi memberikan impak yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan peralatan teknologi pendidikan seperti komputer dan internet oleh guru Pendidikan Islam merupakan salah satu cara yang boleh dipraktikkan bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu minat dan tumpuan pelajar dapat ditarik menerusi perancangan penggunaan komputer yang rapi serta sistematik.
Keistimewaan dan kelebihan aplikasi multimedia berbanding kaedah pengajaran tradisional harus diambil kesempatan oleh setiap guru. Perisian khusus untuk mata pelajaran pendidikan islam boleh dipersembahkan dalam bentuk yang lebih menarik dengan bantuan multimedia berdasarkan kemampuan, kebolehan dan corak pembelajaran yang pelbagai. Paparan grafik, audio, video dan animasi dalam multimedia memudahkan pemahaman pelajar. Penggunaan yang meluas akan memberikan satu tanda arus perubahan besar yang berlaku dalam sistem pendidikan Negara khususnya berhubung dengan penggunaan IT dalam bidang pendidikan islam.

oleh yang demikian, selaku guru seharusnya kita sentiasa memperkembangkan segala ilmu yang ada termasuklah ilmu teknologi ini. Amat rugi sekiranya seseorang yang bergelas ustaz tidak mampu untuk mengaplikasikan atau menggunakan teknologi yang ada ini. Maka sama-samalah kita mengorak langkah untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. InsyaAllah, saya yakin dan percaya pada suatu hari nanti akan ada antara kita yang mahir dalam pendidikan berasaskan teknologi ini.

akhir kata dari saya..selamat menempuh peperiksaan dan selamat maju jaya. Sama-samalah kita berdoa agar kejayaan itu milik kita bersama..Aminnnn

No comments: