.:SELAMAT DATANG DI UCAPKAN. TERIMA KASIH KERANA MELAYARI LAMAN BLOG INI. SEMOGA ANDA TERHIBUR SERTA MENDAPAT MANFAAT DARINYA:.

Friday, July 23, 2010

Buku terbaru di Pasaran

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Bagi mereka yang ingin mendapatkan buku terkini dan terhangat di pasaran..boleh dapatinya sekarang di e-Maya anda di http://www.stormreaders.net/husaif
Anda juga boleh terus menghubungi saya di 0133892343 untuk sebarang tempahan.






Tuesday, March 30, 2010

Alhamdulillah...akhirnya ku kecapi jua..

"Ya Allah aku memohon kepada-Mu, kebaikannya, dan kebaikan yang Engkau ciptakan pada nya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang ada pada nya"

Tanggal 20 Mac 2010 (Sabtu) aku selamat di ijab qabulkan dngn sebaik-baik wanita yg ku sayangi. Majlis ringkas yg diadakan cukup bermakna buatku krn dengan itu aku sah bergelar seorang suami.
InsyaAllah pada 6/6 dan 12/6 dijemput kepada yg mengenali diri ini untuk hadir WalimatulUtus dan kenduri kesyukuran kami.....



Ya Allah….
Buatlah aku menjadi seorang lelaki yang dapat membuat seorang wanita bangga
Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintai-Mu, sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-Mu,
Bukan mencintainya dengan sekedar cintaku
Berikanlah aku mata-Mu, sehingga aku dapat melihat banyak hal dalam dirinya
Berikanlah aku mulut-Mu yang penuh dengan kata-kata bijak dan pemberi semangat,
Sehingga aku selalu dapat mendukungnya setiap hari
Berikanlah aku bibir-Mu, dan aku akan selalu tersenyum kepadanya
Kami bersyukur kepada-Mu yang telah mempersatukan kami
Telah memberi kami seorang yang dapat melengkapi hidup kami menjadi sempurna
Dan Engkau mempertemukan kami pada waktu yang tepat,
Yang akan membuat segalanya indah pada waktu yang Engkau tentukan.

Saturday, October 10, 2009

cerita Gua Niah....

assalamualaikum....
dah lama sangat rasanya tak posting something kt sini...insyaAllah kat sini nak kongsikan pengalaman aku mengembara ke Gua Niah....Gua Niah terletak diantara bintulu-miri...perjalanan kesana mengambil masa selama hampir 2 jam. Kami seramai 7 orang bergerak pada jam 6.30 pagi..memandangkan perjalanan yg agak jauh so terpaksa la keluar lebih awal sket...berbekalkan semangat kesungguhan yg ada..maka bertolak la ke sana dgn 2 buah kereta...
tiba disana sekitar jam 8.30 pagi...selesainya check in maka kami pon memulakan perjalanan..mulanya kena merentasi sungai dahulu...ingatkan jauh la sgt sungai tu...rupanya dekat je...blom pon sempat nak amik gambar dah pon sampai ke tebing sungai seberang sana...setibanya ke seberang..maka terpaksalah berjalan kaki..ingatkan gua tu dekat je..rupanya perjalanan kami mengambil masa 1 jam utk sampi ke kaki gua...waduhhhhh.....jauh jugak..tapi perjalanan tidak lah sesukar yg disangka sbbnya sudah ada titi disediakan sepanjang perjalanan tu...kalau la xde titi tu rasanya mau 2jam baru sampi kot...
jalan punya jalan...bergambar n berposing maka sampai la di kaki gua....Alhamdulillah sampi jugak wpun kepenatan terasa tetapi seronok mengatasi segalanya...so mcm biasalah bila dah smpai tu msti la begambar dulu kan....hehe..
agak lama sket baru la kami meneruskan perjalanan ke dalam gua...begitu indah pemandangan didalam gua..terbentang luas dengan kedengaran kicauan burung layang2...didalam gua kami mengambil masa selama 1jam lg utk sampi ke hujung gua sana...agak dalam jugak kena masuk dlm gua tu....berbekalkan torch light yg ada...maka sampailah kami di hujung sana....
masyaAllah..begitu menakjubkan apa yg ada disekelilingku...berfikir aku sejenak bagaimanakah terbentuknya gua ini..bukan ciptaan manusia tetapi ciptaan Allah SWT..
setibanya di sana..maka kami berehat sebentar menghilangkan kepenatan yg sedia ada...
hampir 1/2jam kami berehat maka diteruskan perjalanan ke Painting cave yg mana di gua tersebut adanya kesan peninggalan zaman neolitik..dalam gua tersebut terdapatnya lukisan2, abstrak yg ditinggalkan pd zaman tersebut...masih kelihatan kesan peninggalan tersebut sehingga ke hari ini wpun tidak jelas sgt...sbb dah lama.
bila dah puas bergambar n tgk sana tgk sini..maka kami pon berpatah blk utk pulang..
jam 1 ptg kami pon selamat kembali ke jeti sungai..
rasanya klu nak pegi lg kena fikir 10x....maybe sethn sekali ok la klu nk pegi plak....agak memenatkan jugak perjalan tetapi sgt puas....





Sunday, August 30, 2009

TERKINI ------> Kitab Tafsir Quran utk dimiliki



Assalamualaikum
Kepada para pengunjung blog ini. Jangan ketinggalan utk memiliki kitab tafsir terbaru (dilengkapi dengan asbabun nuzul & terjemah, ditafsir setiap Per kata)
juga disertakan dengan beg sandang.
Harga senaskah : Rm 160
untuk memiliki sila hubungi saya di 0133892343/0175152014

Thursday, August 6, 2009

Bio Aura Hi-Tech Water System (Penapis air)



Penyelesaian Sempurna Demi Keperluan Anda
Bio Aura Hi-Tech Water System menggabungkan inovasi saintifik dalamnya. Dengan Nano, ia dapat mencapat fungsi membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air yang diminum secara optimum.
Ciri-ciri Bio Aura:
• Rekaan yang mesra-penyelenggaraan
• Pemasangan yang mudah
• Penutup penapis yang berwarna
• Saiz penapis yang lebih besar
• Pengiktirafan kualiti
• Sesuai untuk kegunaan rumah, pejabat, kilang dan kedai-kedai makan

Keberkesanan Nano dalam Bio Aura:
• Menapis air secara efektif, menambahkan kandungan oksigen air minuman, menambahkan keberkesanan penyerapan nutrien
• Kaya dengan bahan-bahan mineral dan nutrien, membantu mengekalkan tubuh yang cenderung kepada beralkali
• Meningkatkan metabolisme dan peredaran darah badan
• Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 0133892343/0175152014

Wednesday, July 29, 2009

wabak penyakit di zaman ini...Bintulu semakin panasss..


sume negara telah mengetahui bahaya penularan wabak H1N1 (selesema b@bi ini..skrg ia merebak dgn cepat diseluruh negara..ia tidak mengenal siapa magsanya yg pasti wabak ini bagaikan pembunuh senyap, bintulu juga tdk terkecuali menerima tempiasnya...bahkan di Miri sudah mengorbankan seorang mangsa. Tidak mustahil bintulu yg bersebelahan dgn miri akan menerima mangsanya, yang pasti Qada & Qadar Allah yg tentukan. kita sebagai seorang muslim seharusnya berdoa agar dijauhkan segala malapetaka, bencana dan wabak.
Sejak beberapa hari yg lalu, Bintulu telah mengalami cuaca yg agak panas, inilah pengalaman pertama aku merasai suhu panas yg begitu ketara, apatah lg sekolah aku yg berada diatas bukit, begitu jelas sekali melihat keadaan ini. Seluruh pekan bintulu telah diselubungi kabus dan berjerebu. Inilah dia dunia akhir zaman.
Mungkin perkara ini berlaku krn kerakusan manusia mencari kemajuan, tetapi perlu diingat juga bahawa kita skrg berada dipenghujung nyawa.

gambar ini diambil dr atas bukit menunjukkan jerebu yg teruk.

Sunday, July 26, 2009