.:SELAMAT DATANG DI UCAPKAN. TERIMA KASIH KERANA MELAYARI LAMAN BLOG INI. SEMOGA ANDA TERHIBUR SERTA MENDAPAT MANFAAT DARINYA:.

Saturday, February 2, 2008

Pembestarian Sekolah



Pembelajaran di institusi persekolahan kini dihimpit dengan perkembangan arus teknologi komputer dan telekomunikasi yang akan menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Malaysia maju menjelang abad ke-21. Mahu tidak mahu kita akan menghadapi kenyataan yang generasi mendatang perlu disiapkan dengan kecekapan dan pengetahuan yang berguna bagi menjalani kehidupan dalam zaman mereka. Jika pembelajaran dalam bilik darjah di Amerika Syarikat dikatakan sudah ketinggalan hampir dua dekad berbanding dengan masyarakatnya yang sudah direvolusikan oleh teknologi (Strommen & Lincoln, 1992), mungkinkah kita sudah jauh lebih ketinggalan dalam usaha menjinakkan para pelajar dengan kemajuan teknologi?
Persoalannya, apakah langkah yang perlu diambil untuk kita membuat lonjakan saujana dalam masa yang singkat bagi menyediakangenerasi masa depan dengan kecekapan dan pengetahuan untuk berfungsi secara produktif dalam masyarakat zamannya? Apakah sebenarnya rupa bentuk guru dalam konteks pengajaran dan pembelajaran untuk menyediakan generasi masa depan? Apakah pula peranan pendidik guru dalam menyediakan generasi guru yang mampu mengambil tanggungjawab di sekolah bestari? Bagaimanakah rupa bentuk institusi pendidikan guru bestari? Inilah persoalan pokok yang perlu dicari jawapannya untuk menjelaskan suasana pembelajaran bagi sekolah masa depan atau sekolah bestari.
Pembelajaran Bestari
Pembelajaran bestari akan menampakkan ciri-ciri fleksibel dengan aktiviti pembelajaran berfokuskan kepada pembinaan minda pelajar (Fiske, 1992; Perkins, 1992). Apa yang akan berlaku ialah pengintergrasian teknologi terkini dalam pengajaran pembelajaran akan berupaya menyemarakkan pemikiran pelajar berasaskan kepelbagaian sumber maklumat yang melampaui batasan bilik darjah. Penggunaan teknologi komputer seperti multimedia, rangkaian jaringan tempatan (LAN), jaringan kawasan luas (WAN), internet, dan pelbagai perisian multimedia yang membenarkan pembelajaran terarah kendiri (self-directed), bergerak pada kemampuan sendiri (self-paced), dan pemerolehan sumber pembelajaran dengan sendiri (self-accessed) untuk mengoptimumkan proses pembelajaran berasaskan pendekatan berpusatkan pelajar.
(di petik dari laman web)




Minggu ini adalah minggu ke empat bersama Cik Umi, di dalam makmal kami telah mempelajari tentang tajuk 'Pembestarian Sekolah. Apa itu pembestarian sekolah? Telah didefinasikan bahawa pembestarian sekolah ialah satu proses untuk mencapai matlamat pendidikan negara dan membantu murid menghadapi era teknologi maklumat melalui:



a)pembekalan infrastruktur ICT ke sekolah



b)keupayaan guru mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan



c)pentadbir sekolah berupaya menggunakan sistem pengurusan berkomputer untuk meningkatkan proses pentadbiran.




Antara ciri-ciri sekolah bestari adalah seperti gambar dibawah:






No comments: